ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, October 15, 2012

Pucuk Manis Masak Lemak Keledek




Assalammualaikum... :)

Selamat tengahari dan selamat memulakan minggu baru :D

mood nak memasak sejak kebelakangan ini agak ke laut... :D mungkin sebab busy... kalau tak aje memang ringan je tangan ni nak membuat roti ke, kek ke, bubur ke.. :D

Ke laut macam mana pun.. memasak perkara wajib...

sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam..

rutin harian yang wajib i uruskan...

Utamakan keluarga :D

Pucuk Manis Masak Lemak Keledek


sayur pucuk manis ni adalah salah sayur fav i...

kalau ke pasar nampak sayur pucuk manis mesti beli.. kekadang ajelah..

Bonda ada di rumah tu yang i rajin masak...

Bonda suka sangat kalau sayur kampung di masakkan berkuah lemak.. kalau i suka bening je..

demi bonda tersayang ku masakkan lemak :D

BAHAN-BAHANNYA :

1 ikat sayur pucuk manis *bersihkan dan rendamkan dengan air garam, toskan*
2 biji keledek oren *kupas dan potong kecil*
5oo ml santan separa pekat

BAHAN TUMBUK :

1 biji bawang besar
1 genggam ikan bilis
1/2 sudu kecil lada hitam

CARA :

rebus keledek bersama sedikit air sehingga empuk.
Masukkan santan dan *Bahan tumbuk*
renehkan sebentar.
Masukkan sayur pucuk manis, sesuaikan rasa dan setelah sayur masak angkat dan hidangkan!

TARRAA!!!

Pucuk Manis Masak Lemak Keledek


JANGAN lupa.. sambal belacan..
ikan masin...
nasi tu masakkan lembik cikit..
ada ikan sambal...

perghh... gerenti terangkat! :))


Strawberry... jangan lupa singgah ladang strawberry i yaa.. ;))


Selepas i masukkan N3 ni.. i akan ke kaunter tiket penerbangan..

tempah dan ambil tiket... ke mana??

Nanti i share ehh... ;)

Sekian sahaja.. ceria dan senyum, jaga diri..

Assalammualaikum...

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ