ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Thursday, October 11, 2012

Sirap Bandung Tapai Sinced 1983


Assalammualaikum.. :)

*sila jangan betulkan skrin anda.. sirap bandung i memang pucat kelernya.. sebab yang dihidangkan itu tidak manis dan hanya manis-manis buah sahaja*

Apa khabar kawan-kawan? :D Cuaca di kampung i hari ni punyalah panas dan berbahang!

Keluar sekejap nak sidai baju, tak sampai 8 minit pun.. berpeluh macam berdiri tengah padang! *kena denda dengan cikgu besor :D*

Hari ni i tak masak tengahari, i makan di luar. Kebetulan Pak Habibi tembamBOM i outstations.. bonda pulak ada :D
menjadi aje! :))


"Tapai! Tapai!"

Semalam petang i mengeteh dengan Bonda, Nellysha dan anak saudara i Balqish.. 
mengeteh kononnya.. sorang satu order roti BOM! 2 keping sorang! mak ahhhh... :D

Tengah dok mengunyah tu.. atas meja kami ada bersusun tapai dalam tupperware.. ala yang kecik aje bekasnya tu.. *bekas taufufa*

satu RM2.. dulu i ingat lagi.. Arwah Ayah memang selalu buat tapai.. siap boleh berjual lagi..

siapa tukang jual tapai tu??

siapa lagi i ler! :)

"Tapai! Tapai!"

i sorong dengan basikal. Rambut tocang dua paras pinggang. ingat lagi ngko aii...

korang tak merasa semua tu.. :) i dah rasa.. langsung tak malu pun.. bangga lagi ada... 


Dulu tapai yang Arwah Ayah buat di bungkus dengan daun pisang. Satu bungkus cuma 20 sen! punyalah murah time tu..
usia i masa tu baru 9 tahun!

tapai tu i letak kat dalam bakul basikal. Basikal tu besar i tak kayuh tapi i sorong!
sambil jerit-jerit...

"Tapai! Tapai!"

Arwah ayah tak paksa tau! i memang suka :D

macam glamer giteeww..

yalah ada basikal tak naik.. tapi sorong jual pulak tapai!

perghhhhhhhh... sampai laa.. i ingat dan bangga dengan pencapaian i suatu masa dulu! cewahhhhh... :D


Bila i terbaca dalam majalah... Siti Nurhaliza dulu pun menjaja bawak bakul dalam isi karipap!
ingat tak???

"Karipap! Karipap!"

mendayu-dayu giteew suaranya yang lemak merdu tu kan.. :)

sekarang dah jutawan dan cantik giler!

kahwin pulak dengan Dato K..

tu jual karipap.. 

i jual tapai ubi! muahahaa...... dapat jugak Dato! tapi TembamBOM... Dato R muahahaa... gasak ler  :D


dulu masa kecik-kecik bila musim panas mencetang!

Arwah ayah akan bubuh tapai dan ais lepas tu dia curahkan dengan susu pekat manis sebanyak tidak atas tapai ubi tu..

pastu kami makan bersama-sama sambil mengira keuntungan jualan tapai pada hari itu! :D

pstt.. i dengan Arwah ayah memang kamcing giler!!!!

AL-FATIHAH BUAT ARWAH HAJI ABDULLAH HAJI HASHIM

Terima kasih :(


bila bonda ada di rumah i.. 
mulalah i akan masakkan masakan atau apa sahaja yang ada kaitan dengan kisah lalu i masa zaman kecik-kecik dulu... hmm.. cepat benar masa berlalu... 

dulu i kecik je... sekarang pun masih sama macam dulu *merayap je kalau berjalan :D*


Bonda i ada diebetes..

so tapai tu dah sedia maklum memang manis giler!

so i bancuhkan susu pekat manis sebanyak 4 sudu besar + 200 ml air masak

beberapa ketul ais batu

3-4 sudu sirap rose


cara nak hidang mudah sahaja...

selepas di bancuh susu pekat tu..

ambil beberapa ketul ais...

dan beberapa keping tapai dan masukkan ke dalam mangkuk..

selepas itu tuangkan susu pekat yang telah di bancuh tadi ke dalam mangkuk yang berisi ais dan tapai..

barulah di tuangkan dengan sedikit sirap rose..

*i tak bubuh banyak sirap rose tu sebab tu warnanya pucat sahaja, harap maklumlah yaa.. demi kesihatan bonda kesayangan i tu*

You all bolehlah tambahkan sirap rose tu lebih dan susu tu pekat sikit bancuhannya.. memang SLURPPPPPP!!!

i tell youUuuu :D


Sekian sahaja.. N3 kali ini.. jumpa nanti ya :)

Jaga diri.. 

Assalammualaikum..

TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ