ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Saturday, August 11, 2012

Projek Membuat Biskut Raya Tetap Di teruskan... Pengsan!!


Assalammualaikum :)

Serius i memang pengsan semalam tau.. kepenatan yang teramat! kaki bengkak.. tapak tangan jari jemari cramp! mujur ada dak kerempeng Nellysha yang ringan tulang tolong membantu susun beskot dalam botol..
Kalau Nellysha tak tolong alamatnya mesti i dah pengsan celah botol kuih tu! :))

Semalam i dapat buat 3 jenis biskut sahaja.. ada 2 jenis lagi adunan yang sedang berehat dalam peti sejuk nampaknya terpaksalah ku sambung sebentar lagi.. memang kepenatan sangat! luar biasa penatnya... lepas selesai buat kuih terakhir malam tadi.. kuih makmur... dengan aman makmurnya selepas selesai aje.. mata dah stim ala mata garfield... letak kepala terus tak ingat apa dah!
tak ada mimpi langsung! selalu ada :))


ini dia doh kuih makmur yang telah di peram selama sehari.
Ku gentel-gentel sebelum di masukkan inti kacang...


lepas isi inti menyepit ler pulak... bentuk daun.. daun apa tak pasti :)) hadoiiii..
pakkal aje ini memang biskut wajib ada dalam balang raya.. ku gagahkan diri membuat.. Fav i okeh..:D
bezanya tahun sebelum ini ada PA.. so segala kerja jadi mudah..
tahun ni buat beskot raya secara solo... penat mak!!!


ini pulak acuan kuih dahlia.. antara kuih wajib ada juga..
ini juga kuih fav Bonda tersayang.. so i buat juga dalam 2 adunan... demi bonda tercinta.. cecewahh
pastu meneran sepanjang proses membikin :))


Biskut Dahlia yang telah kuubah suaikan tahun ini menjadi..
Biskut Keronsang Bonda..
Ehh.. serius satu kerja pulak nak menatahkan apa kebenda atas biskut tu..
tetiba terasa macam kerja kat kilang kerongsang! :))
2 adunan juga.. mak toloOOooooOOOonggg!!!!
pasal kuih ni ler tangan i cramp!


Biskut buah-buahan atau mix fruits juga biskut wajib ada dalam balang tiap tahun...
biasanya i potong... hasilnya tak berapa cantik dan leceh sebab panas-panas nak kena potong...
sebab nak cantik punya pasal.. telah ku cetak satu-satu..
pastu satu kerja pulak nak ku tatahkan atas doh beskot..
dan tahun ini biskut itu telah ku reka cipta semula dan telah ku tukar namanya..
Biskut Permata.. ya giteewww :D


Apa pun projek membuat biskut raya dah masuk hari ketiga dan hari ini hari terakhir i buat biskut esok dah mula nak menghias rumah pulak.. target i rabu selesai segalanya menyambut persiapan hari raya..
Khamis & Jumaat i nak shopping!!!
wahh suka shopping last minit.. :D

Kepada teman-teman yang menanti resipi biskut tunggu yaa.. selesai aje projek biskut..
i akan mula snap gambar pastu baru dapat share kat you all semua..:)
Kepada yang meninggalkan jejak dan baru sahaja join blogs i ni..
Jutaan Terima Kasih.. Tunggu i selesaikan segalanya.. pasti akan kujejaki anda semua..:)

Selamat berpuasa dan berbuka..

Assalammualaikum..

TATA!!!

CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ