ADD BY NUFFNANG

SHASHA SUKA AWAK JUGA!

Monday, April 25, 2011

ROTI PISANG

ROTI PISANG
PERGHH... bau roti pisang tu semasa di keluarkan dari oven... memang HARUMMM... i tell you... rasanya??? waduhh.... memang simple dan enak i tell you all jugak ekk... nak tahu rasanya macam mana.. kena ler try.. ni kira resipe main pakai campak dan tebor aje.. menjadik jugak! heee.. apa nak buat.. kita yang buat dia.... must try!

JOM!! SALIN RESIPE!!
ROTI PISANG

BAHAN UNTUK ADUNAN :
200 gm tepung gandum + 1/2 sudu teh baking powder + 1/2 sudu teh garam
100ml susu segar
1 biji telur
5gm serbuk yis kering/ibu roti
120gm gula perang
cup cakes
chocholate chips
1 sudu besar perisa oren

6 biji pisang nipah masak ranum ~ lenyek sehingga hancur

CARA MENYEDIAKANNYA :

campurkan susu segar, telur, yis kering, perisa oren dan gula ke dalam tepung gandum dan kacau sehingga sebati
masukkan pisang dan gaul rata
masukkan 2 sudu besar ke dalam cup cakes
taburkan coklat chips *jika suka
biarkan sebentar selama 20 minit 
kemudian
bakar dengan suhu 200'c selama 20 minit atau rupa roti keperangan

TENGG!! TARRAA!!
ROTI PISANG
SIMPLE.. ENAK DAN CUTE!
MUST TRY..:)
TATA!!



SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM

SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM

SIMPLE. SEDAP. CEPAT! tu dia... i kalau goreng sayur... jangan harap nak guna rencah bebanyak.. simple dan mudah aje... kerana rasa tiap sayur tu ada keistimewaannya yang tersendiri... goreng pun jangan lelama.. campak dan angkat! makan semasa panas-panas! memang the best! I LOVE VEGE!!

JOM!! SALIN RESIPE!!
SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM

1 ikat sayur sawi putih ~ potong dan asingkan dari batangnya
1 biji bawang merah * saiz sederhana ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang lada merah
2 sudu besar sos tiram
sedikit minyak bijan
1 sudu teh serbuk ikan bilis *tumix

CARA MEMASAK :

Panaskan kuali dengan sedikit minyak
tumiskan bawang merah, bawang putih, lada dan batang sawi sehingga naik bau
masukkan sedikit air, sos tiram, serbuk ikan bilis dan gaul rata
masukkan daun sawi dan renjiskan dengan sedikit minyak bijan
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan!!

TENGG!! TARRAA!!
SAWI PUTIH GORENG SOS TIRAM
TU LAA.. namanya resipe awet muda... cepat dan ringkas tetapi khasiatnya SUPERB!!

tata!!!


MEE HOON SUP

MEE HOON SUP
Rasanya... inilah photos masakan i yang tak cantik dan tak menarik langsung! bukannya tak ada mood.. tapi i masak mee hoon sup... campurkan mee hoon terus dalam sup dalam kuali.... so nak kena cepat... tak nak mee hoon tu kembang... cewahh alasan! muahaa... actually.. dah tak sabar nak makan! hehee... masa memasak tu... ramai pulak tetamu yang datang.. so semuanya beratur celah dapur.. tuang dan senduk ke dalam mangkuk... lepas sorang.. sorang... penghabisannya.. tinggal saki baki! muahahaa.. jadi ler ekk.. yang penting ada resipe untuk you all cuba.. dan gambar tu anggaplah hanya sebagai pemangkin... you all untuk memasak dan mencuba.. apa agaknya rasa resipe i kali ni.. macam biasa... tetap simple tetapi... LICIN! SEKELIP MATA!!!! i tell you!

JOM!! SALIN RESIPE!!
MEE HOON SUP

BAHAN DI KISAR :

2 biji bawang merah *saiz besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 peket serbuk rempah sup *adabi

BAHAN LAIN :

1 ekor ayam ~ potong 24
AIR

1 peket mee hoon ~ rendam terlebih dahulu
1 ikat daun sawi
2 cawan taugeh
2 biji tomato
1 peket cendawan
1 batang karot

*daun sadri dan bawang goreng untuk tabur

CARA MEMASAK :

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali *besar
tumiskan *Bahan-bahan kisar sehingga naik bau
masukkan ayam dan gaul rata
masukkan air dan renehkan sehingga ayam empuk
setelah ayam empuk masukkan mee hoon dan  kesemua sayur
sesuaikan rasa angkat dan hidangkan serta-merta!!

TENGG!! TARRAA!!!
MEE HOON SUP

SEDAP!!!

SELAMAT MENCUBA!!


TATA!!


CLICK HERE FOR MORE ADVERTISING TQ